Saturday, March 24, 2012

Jualan kami KLF Hiqmah Enterprise di Kuaters KLIA






Jualan kami di sekitar Ceramar ustaz Azhar Idrus pada 24/03/2011 di Masjid Kuaters KLIA Sepang.
Barang-barang dari Negara Timur Tengah (Negara Arab) Makanan Sunnah (KLF HIQMAH ENTERPRISE)

Kita mesti akui bahawa cara terbaik untuk meningkatkan penguasaan ekonomi orang Islam adalah melalui perniagaan. Ini memang dinyatakan sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al Bazzar dan Ahmad:

?Mata pencarian yang paling afdal adalah berniaga dengan penuh kebajikan dan dari hasil usaha tangan.?

Di dalam sebuah hadith lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:

?Sembilan per sepuloh punca rezeki itu adalah di dalam bidang perniagaan.?

Dalam menggalakkan umat Islam berniaga, Allah s.w.t. pula berfirman:

?Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.? (An-Nisaa?:29).

Dalam konteks perniagaan ini, umat Islam perlu sepakat dalam membangunkan ekonomi mereka. Rasulullah s.a.w. ada berkata,

?Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan, saling mengukuhkan satu dengan yang lain (Kemudian Rasulullah s.a.w. merapatkan jari-jari tangan baginda.)?

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.tq ana mmg dah tak jual brg dari iran ..tq

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Senyum ^_^