Monday, December 19, 2011

Jus Delima / Pati Delima


Jus buah Delima yang kaya dengan sodium dan nutrien seperti Riboflavin, Polyphenols, Anthocyonins, Tiamin, Niasin, Vitamin C, Kalsium dan Fosforus.
Jus Delima merupakan PENAWAR yang mengandungi antioksidan yang sangat tinggi.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud :
" Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima."

Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
 " Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut "
(Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari Syurga"
(Diriwayatkan oleh Al-Dzahabi)


Jus Delima

 Assalamualaikum!
Selamat Datang Ke Laman Web PRODUK TIMUR TENGAH Kami. Alhamdulilah syukur kepada Allah atas limpah kurnia nikmatnya yang tak terkira banyak. Contoh lihat aje begitu banyak spesies herba & buah2an kurniaan illahi. Insyallah Kami akan usaha & ikhtiar untuk membekalkan produk timur tengah yang semakin mendapat sambutan hangat & menggalakkan. Pastinya insyallah produk2 dari bumi ambia ini akan memberi gaya hidup yang sihat. & Apatah lagi kiranya mengamalkan sunnah nabi saw ketika makan & minum, maka insyallah lebih2 lagilah akan memperolehi nikmat kesihatan & keberkatan hidup. Jazakallahuhairan..


Dari sudut pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya.Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.
 
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia dapat melegakan batuk. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”.

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada badan serta menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana ianya... bersifat ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ianya juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itu ia dapat menghilangkan keletihan.Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia.
Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, manfaat dari rasa pahit tersebut dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.Kulitnya yang tebal pula betanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik.
Delima merupakan buah yang kaya dengan flavanoid (juga ditemui didalam wain merah). Yang mana mempunyai kualiti perlindungan untuk jantung. Penyelidik terapeutik, di pusat kajian William Harvey di London, memberi panduan, satu gelas jus delima bersamaan dengan 2 gelas wain merah, 10 cawan teh hijau, 6 cawan koko atau 4 gelas jus kranberi, yang mana kesemuanya mengandungi flavanoid-bminat dgn jus delima.
Jus Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
 
KELEBIHAN JUS DELIMA 100%

`Jus Pomepure@ Delima adalah sumber yang kaya dengan kandungan ''phytochemical'' untuk kebaikan jantung dan salur darah yang sempurna.Ia bukan sahaja merendahkan tahap kolestrol,tetapi juga merendahkan tekanan darah dan mengurangkan tahap sesak nafas (altherosclerosis).
Jus pomepure juga bagus untuk mengelakkan kanser payu dara,kanser kelenjar pundi kencing,kanser usus,leukimia dan juga untuk mengelak perubahan jantung yang di tumbuhi tumor.


Kelebihan Jus Delima
  1. DELIMA MEMBANTU MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL DALAM BADAN.   
  2. DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI.
  3. DELIMA MELAWAN PENYAKIT JANTUNG.
  4. DELIMA MEMBERI DAN MERANSANG TENAGA BATIN.
  5. DELIMA MENGUATKAN SISTEM KETAHANAN BADAN.
  6. DELIMA MENGURANG KAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS.
  7. DELIMA MENGHALANG KEMASUKAN PENYAKIT HIV-1.
  8. DELIMA MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE.
  9. DELIMA MELAWAN KABSER PAYUDARA.
  10. DELIMA MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER.
  11. DELIMA MENGUATKAN KESIHATAN GIGI.
  12. DELIMA MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
  13. DELIMA MELINDUNGI OTAK BAYI.
  14. DELIMA MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA.
  15. DELIMA MELAWAN PENYAKIT GOUT
  16. DELIMA MENCANTIK DAN MERAWAT KULIT

PENYELIDIK JUGA BERKATA:

''Kajian menunjukkan pengambilan segelas jus DELIMA setiap hari dapat meningkatkan fungsi pembuluh darah,mengurangkan pengerasan saluran darah dan membaiki kesihatan jantung''

KELEBIHAN JUS DELIMA

Jus Delima adalah sumber yang kaya dengan kandungan ‘phytochemical’ untuk kebaikan jantung dan salur darah yang sempurna. Ia bukan sahaja merendahkan tahap kolestrol, tetapi juga merendahkan tekanan darah dan mengurangkan tahap sesak nafas (altherosclerosis). Jus delima juga bagus untuk mengelakkan kanser payudara, kanser kelenjar pundi kencing, kanser usus, leukimia, dan juga untuk mengelak perubahan jantung yang ditumbuhi tumor.


 DELIMA MEMBANTU MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Kebenarannya adalah tahap kolestrol yang buruk boleh membawa risiko yang buruk pada kesihatan. Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk. Kebaikan ini sahaja dapat memberi keajaiban pada kesihatan pengguna.

 
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila kamu perlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, kamu perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

DELIMA MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
 
DELIMA MEMBERI DAN MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin)

DELIMA MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

DELIMA MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru yang utama mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries).
“Dalam kebanyakan jus, gula hadir secara bebas-dan berbahaya-bentuk,”
Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

 
DELIMA MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
DELIMA MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Ia hanya boleh dicapai dengan meminum jus delima atau mengambil supplement delima. Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima dimana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Ini adalah kajian terbaru yang diperolehi dari kebaikan jus delima. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

 
DELIMA MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Ini akan membawa kepada risiko jika manusia tidak mengendahkan kesihatan diri. Jus delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
 
DELIMA MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

 
DELIMA MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

 
DELIMA MELINDUNGI OTAK BAYI
Dalam kajian Pediatrik mendapati bahawa meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
 
DELIMA MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tingi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
 
DELIMA MELAWAN PENYAKIT GOUT
 
DELIMA MENGELAK PENYAKIT AWAL PAGI
(ALAHAN IBU MENGANDUNG)

DELIMA MENCANTIK DAN MERAWAT KULIT KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindakbalas bersama sodium, ‘potassium’ mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung), mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

ANTARA KHASIAT DELIMA YG DIKENAL PASTI DAN TERUJI IALAH:-

1) Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melancarkan peredaran darah
... 2) Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
3) Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
4) Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...InsyaAllah...
5) Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
6) Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
7) Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
8) Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas...InsyaAllah...
9) Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
10) Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
11) Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
12) Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
13) Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
14) Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.....Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang...!!! :)
15) Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin...
16) Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
17) Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
18) Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, 19) mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata


Harga Jualan : RM 10.00/=
  500 ml








Harga Jualan : RM 2.50/=



Harga Sebotol : RM 25.00/=
250ml


Sebarang pertanyaan dan soalan atau jika anda berminat untuk jadi pengedar kami sila hubungi ;
Khalid Nayan    - 0194930440 (Suami)
Nor Faridah      - 0176954771
ATAU email ke    
khalid0105@yahoo.com.my
                                   faridah.0106@yahoo.com.my



Tindakan Selepas Pembayaran Dibuat

Bagi mempercepatkan pesanan dikirimkan dengan kadar segera dari tarikh penerimaan pembayaran, pohon tuan/puan dapat SMS dan email seperti yang berikut :-
SMS Kepada +60194930440   Khalid Nayan @
                           +60176954771    Nor faridah Mohamat Ali

NAMA PRODUK -jarak- JUMLAH KUANTITI -jarak- JUMLAH BAYARAN -jarak -MASA BANK IN - jarak - TARIKH BANK IN - jarak - NAMA ANDA - jarak - ALAMAT ANDA- jarak - NO. TEL

Contoh :

Jus  Delima RM80.00  8BTL 17:45 01.01.2011 AHMAD ABDULLAH NO.12, JLN 13/2D, KAMPUNG SENTOSA, 43560 BANGI, SELANGOR  0123456789

atau

EMAIL Kepada
faridah.0106@yahoo.com.my
NAMA PRODUK : Jus  Delima
JUMLAH BAYARAN : RM 80.00
JUMLAH KUANTITI : 8 Botol
NAMA BANK : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
MASA BANK IN : 17:45
TARIKH BANK IN : 01.01.2011
NAMA ANDA : AHMAD ABDULLAH
ALAMAT ANDA : NO.1, JLN 13/2D, KG SENTOSA, 43560 BANGI, SLGR
NO. TEL : 0123456789 


Nama Akaun : KLF HIQMAH ENTERPRISE
No Akaun BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD : 12168010003925
Email Third Party :
faridah.0106@yahoo.com.my

Penghantaran adalah sekitar kawasan Lembah Klang ..( Klang, Shah Alam, Putrajaya, Kuala Lumpur) luar daripada ini kami akan kenakan kos penghantaran....harap maklum..

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan ..Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

No comments:

Post a Comment

Senyum ^_^