Wednesday, December 7, 2011

Madu Yemen....

Kedai Madu di Sana'a Yemen
 
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)




Allah S.W.T telah mengabadikan keistimewaan madu lebah di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).

Sabda Rasulullah S.A.W:
“Bagi kamu itu dua penawar iaitu : Madu dan Al-Quran.”

Berkata Aisyah R.A :
“Madu merupakan minuman yang paling digemari oleh Rasulullah s.a.w”

Dan berkata Abdullah bin Mas’us R.A :
“Madu adalah penawar bagi segala penyakit dan Al-Quran adalah penawar bagi hati.”

MADU YAMAN ADALAH MADU TERBAIK DUNIA YANG MASYHUR DI TANAH ARAB DAN SELURUH DUNIA DENGAN HARGANYA YANG MAHAL….


KENAPA??????!!!!!!!
DIANTARA JAWAPANNYA IALAH:  YEMEN adalah sebuah Negara yang jarang hujan dan madunya pekat dan likat kerana tidak bercampur dengan air hujan. Madu YEMEN berupaya meningkatkan penyuburan bagi lelaki dan wanita,merawat perbagai jenis Penyakit dan mencerdaskan minda dengan izin Allah.Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:

"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)Kemudian makanlah dari buah-buahan dan laluilah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang berbeza-beza warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah s.w.t) bagi orang-orang yang berfikir.”(surah An-Nahl ayat 68-69)
Sabda Rasulullah S.A.W:“Bagi kamu itu dua penawar iaitu : Madu dan Al-Quran.”Berkata Aisyah R.A :“Madu merupakan minuman yang paling digemari oleh Rasulullah s.a.w”Dan berkata Abdullah bin Mas’us R.A :“Madu adalah penawar bagi segala penyakit dan Al-Quran adalah penawar bagi hati.”Kelainan madu Yaman :Yaman Negara yang kurang hujan yang menyebabkan tiada percampuran diantara air dengan maduKemasyhuran sejak turun-temurun.Salah satu madu yang dieksport ke merata Negara terutama Negara-negara Eropah dan Negara-negara Arab.Lebih pekat dari madu Negara lain.Penawar untuk perbagai penyakit (semua penyakit dalaman)

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Surah Muhammad : Ayat 7.


Gambar Kedai Madu Di Sana'a Yemen

MADU YAMAN DIIKTIRAF SEBAGAI MADU TERBAIK DI DUNIA.


Sejak berjuta tahun dahulu, Yaman terkenal kerana madunya yang sangat baik dan berkualiti. ‘Erathostenes’ seorang sejarawan, berkata Yaman adalah satu kawasan yang amat subur dan mempunyai tempat-tempat yang sangat sesuai untuk penghasilan madu kerana terdapat pohon ‘Sidr’ dan ‘Sumur’. Madu yang dianggap paling baik adalah yang dikeluarkan dari bunga ‘Sidr’ (Ziziphus Spina Christi, L.Willd) dan ‘Sumur’ (Acacia Tortillis, Forsk. Hayne).

Penternakan lebah telah berkembang luas di lembah-lembah di Timur Yaman sebelum kedatangan Islam lagi. Buktinya dapat dilihat dari lukisan-lukisan di atas batu yang masih terdapat di kawasan itu. Antara gambar yang dapat dilihat dari lukisan ini ialah sekumpulan lebah sedang berterbangan. Dari gambar ini, dapat diterjemahkan bahawa sejak dahulu lagi, penduduk Yaman telah menternak lebah dan pada ketika itu, madu yang terhasil dinilaikan sebagai suatu yang amat berharga dan oleh kerana itulah mereka melukis gambar-gambar ini.

Al-Hamdani seorang sejarawan arab memberitahu, lereng-lereng gunung Hinwam, satu daerah yang didiami oleh puak Ahnum (Hamdan) adalah antara kawasan bumi Allah yang terkaya dengan lebah dan madu. Seorang penternak sahaja boleh memiliki sehingga lima puluh Jibh (sarang lebah) atau lebih.
Malangnya tidak ada maklumat khusus mengenai madu Yaman yang diberikan oleh Yusuf bin Omar.Catatan sejarah pada zaman Rasul walaupun tidak menyebut lebah telah mencatatkan hari-hari yang terbaik untuk mengumpul pelbagai jenis madu Yaman.

Menurut seorang sejarawan Mesir al-Maqrizi (meninggal pada 1441H) yang juga merupakan seorang pengarang beberapa perjanjian Arab mengenai penternakan lebah, menyatakan bahawa seluruh Yaman merupakan bumi lebah.Lebah Yaman berbeza dengan lebah dari luar.

Lebah Yaman diklasifikasikan sebagai ‘APIS MELLIFERA YEMENITICA’. Lebah-lebah Yaman ini tidak agresif dan mempunyai saiz badan yang lebih kecil berbanding dengan lebah Eropah, ‘APIS MELLIFERA EROPAH’ yang menzahirkan belang-belang kelabu pada bahagian badan. Ciri-ciri lebah Yaman ini menjadikannya sesuai dengan iklim di negara itu sehinggakan dari tinjauan yang dibuat mendapati lebah-lebah Yaman ini tidak terkena penyakit. Teknik-teknik penternakan lebah dan pengeluaran madu di sini sebahagian besarnya masih lagi menggunakan cara tradisional walaupun telah banyak negara-negara pengeluar madu menggunakan cara yang moden. Ini adalah kerana cara moden menyebabkan banyak khasiat-khasiat semulajadi, khasiat-khasiat perubatan dan lain-lain luput dari madu tersebut.
Kedai Madu di Yemen

Sekumpulan lebah di Wadi Dau’an ditangkap untuk dikenal pasti dan dipilih ratu-ratu lebah tersebut. Kemudian, setiap seekor dari ratu tersebut akan diletakkan di dalam sebuah kotak kecil yang dibuat khas untuk ratu lebah tersebut. Kotak itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam satu tikar anyaman. Di dalam tikar tersebut terdapat rotan yang dibentuk mengikut bentuk sarang lebah dan ditutup di salah satu penghujungnya. Lebah-lebah pekerja yang lain kemudian akan mengikut ratu masing-masing masuk ke dalam sarang buatan yang tersedia itu.-W.H.Ingrams, ‘Tradistional Bee-Keeping in Wadi Dau’an’, Man 37 (1937), 32.
Pada asasnya, terdapat tiga jenis sarang lebah tradisional iaitu khaliyya (batang kayu yang kosong ditengah), jamak (sarang daripada tanah) dan khalaya (sarang daripada bakul rotan). Sarang-sarang ini ditutup pada setiap penghujungnya. Kemudian lubang dibuat bagi memudahkan lebah-lebah tersebut keluar masuk.

Terdapat dua cara penternakan lebah yang diamalkan di sini. Yang pertama penternakan setempat dan yang kedua ialah penternakan berpidah-randah. Penternakan setempat dilakukan dengan cara sarang-sarang lebah diletakkan samada di atas tanah atau di atas bumbung-bumbung rumah. Manakala penternakan pindah-randah yang banyak terdapat di kawasan timur menggunakn sarang berasaskan kayu. Sarang kayu lebih kuat dan stabil dan digunakan agar lebah tidak terganggu apabila diangkut dari satu lembah ke satu lembah di atas lori kecil. Dahulu unta-unta digunakan sebagai pengangkutan, madu yang terhasil diisi di dalam kulit-kulit kambing dan disimpan di dalam labu. Apabila sarang lebah tersebut telah dipenuhi dengan madu, penternak akan memotong isi sarang itu dengan pisau. Sedikit madu ditinggalkan di dalam sarang bagi memenuhi keperluan lebah pada musim kemarau.

Penternak di daerah Zabid memiliki dua hingga tiga sarang setiap keluarga berbeza dengan penternak-pentenak lebah professional di lembah-lembah selatan Wadi Hadramaut yang mempunyai hingga seratus unit setiap keluarga.


Di Yaman, madu telah digunakan untuk meletakkan satu cap mohor ke atas penyelesaian perbalahan dan cagaran dalam membuat perjanjian-perjanjian antara ahli-ahli kabilah. Memiliki madu yang dihasilkan di tempat sendiri merupakan satu simbol status kerana penduduk Yaman berbangga dengan kualiti madu mereka yang baik. Pada zaman Yaman moden pula, penduduk di sini menghidangkan madu kepada para tetamu yang bertandang ke rumah mereka. Madu juga selalu dihidangkan dalam jamuan-jamuan dan keramaian. Madu dicampur dengan telur dianggap penting untuk kesuburan dan kekuatan fizikal. Oleh kerana itu ia diberikan kepada pengantin-pengantin lelaki dan juga kepada kanak-kanak lelaki yang berkhatan.

Kaedah perubatan tradisi Yaman menyampurkan madu dengan mentega cair untuk diberikan kepada ibu-ibu sebaik sahaja selepas bersalin. Madu juga digunakan secara meluas dalam menghasilkan ubat-ubatan tradisional. Contohnya seperti madu dicampurkan dengan labu pahit kemenyan menjadi penawar mujarab bagi sembelit, madu dicampurkan dengan biji lobak menjadi penguat tenaga batin, madu dicampurkan dengan hiltit (sejenis perekat perubatan Asa Feotida) dapat membantu melancarkan perjalanan haid dan dengan beberapa jenis tumbuhan ia boleh merawat penyakit gila babi.

Rasa madu Yaman berbeza dengan rasa madu yang diimport dari negara lain. Madu Yaman juga dapat dibezakan dan juga dikenal pasti asal daerahnya dari warna dan bau. Darjah kelembapan dan kepekatan ekoran darin peratusan air adalah sangat penting dalam menentukan gred sesuatu jenis madu itu.

Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yemen yang termahal di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Madu sidr dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Pokok sidr di Yemen dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi. Oleh itu, madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan.

         Al-Quran mengiktiraf madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

MADU Madu mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnisium, manganese, phosporus, potassium, sodium dan zink. Madu juga kaya dengan vitamin B1, B5, dan C.

KHASIAT MADU Madu berperanan sebagai antioxida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, gastrik, buasir, batu karang, buah pinggang, sakit puan, keputihan, senggugut, asthma, kemandulan, mati pucuk, kanser, jantung dan pelbagai penyakit lain. PENEMUAN World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Allah S.W.T telah mengabadikan keistimewaan madu lebah di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).
Khasiat madu lebah tidak diketahui ramai walaupun sering dibincangkan dalam topik kesihatan semasa. Artikel di laman ini akan menerangkan khasiat madu lebah secara terperinci dari pelbagai aspek.

Khasiat madu boleh dikategorikan mengikut fungsinya terhadap sistem badan kita. Kulit, Rambut dan Mata

• Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.

• Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.

• Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman (Sila lihat: Madu Manuka).

• Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan. Sistem Penghadaman

• Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.

• Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air. Sistem Pernafasan dan Kerongkong

• Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
• Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah. Tenaga Badan

• Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung.

• Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.

• Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan. • Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak Gizi Makanan

• Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.

• Memudahkan serapan kalsium dalam badan. • Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan Khasiat madu jika dilihat di atas sememangnya seratus satu. Sebagai makanan, penawar ataupun suplemen kesihatan, madu boleh membawa manfaat kepada sesiapa jua.
Adakah madu selamat digunakan oleh ibu mengandung? Apakah cara yang betul untuk menggunakan madu bagi ibu mengandung? Daripada pengalaman ibu-ibu mengandung yang mengambil madu semasa hamil, bukan sahaja madu selamat digunakan, malah khasiat madu baik untuk ibu and kandungan. Sila lihat artikel : Khasiat Madu untuk Bayi Madu dapat mengurangkan rasa loya ketika mengandung, terutamanya pada waktu pagi. Untuk kesan yang terbaik, ambil madu sebelum tidur setiap hari. Madu juga mampu mengekalkan daya tahan penyakit ibu sewaktu mengandung. Biasanya, ibu hamil sering mendapat selesema kerana sistem daya tahan mereka lebih lemah pada ketika ini. Dengan mengambil madu, bahan anti-bakteria di dalam madu mampu menyokong sistem daya tahan ibu sewaktu mengandung. Di samping itu, madu boleh mengelakkan masalah sembelit, yang sememangnya sering dialami ibu mengandung. Kandungan pelawas dan anti-bakteria di dalam madu membantu sistem penghadaman ibu mengandung. Khasiat madu untuk ibu mengandung yang lain termasuklah membolehkan tidur lebih nyenyak, memberi tenaga dan mengelakkan hipertension.

Sarang Madu Lebah
 Benarkah madu boleh mengurangkan berat badan? Bagaimanakah caranya? Jawapan untuk persoalan di atas adalah : Ya, tetapi ia bergantung kepada diet anda secara keseluruhannya. Madu mengandungi nutrien seperti mineral and asid amino yang membantu metabolisme badan dalam meleraikan molekul lemak. Namun begitu, dengan hanya menambah madu dalam diet harian anda tidak akan berkesan mengurangkan berat badan. Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu menggantikan pengambilan gula biasa dengan madu. Langkah penggantian ini penting kerana gula biasa pada dasarnya bertukar menjadi lemak sekiranya tidak digunakan oleh badan. 
Bukan itu sahaja, gula biasa juga akan menggunakan nutrien mineral dan asid amino daripada madu untuk metabolisme. Ini mengurangkan nutrien sama daripada digunakan untuk metabolisme lemak badan. Oleh demikian, pengambilan gula biasa secara berterusan akan mengakibatkan berat badan semakin bertambah. Sebaliknya, madu mengandungi gula yang mudah dihadam seperti fruktosa, glukosa and maltosa. Madu juga kaya dengan tenaga , penting bagi mereka yang berdiet supaya bertenaga sepanjang hari dan menghalang daripada pengambilan makanan lain yang menggemukkan.
Tambahan pula, madu menjadikan makanan diet anda lebih menyelerakan berbanding dengan diet yang langsung tanpa gula. Ini menjadikan proses pengurangan berat badan lebih selesa dan peluang anda meneruskan usaha anda juga lebih besar! Satu penyelidikan dari Waikato University di Hamilton, New Zealand dapat menggambarkan khasiat madu dalam mengurangkan berat badan dengan lebih jelas. Dalam penyelidikan tersebut, 3 kumpulan tikus diberikan 3 jenis makanan - makanan tanpa gula, makanan bercampur gula biasa dan makanan bercampur madu. Hasilnya, tikus yang memakan makanan bercampur gula biasa bertambah berat badan paling banyak, manakala berat badan tikus yang memakan makanan tanpa gula dan makanan bercampur madu adalah hampir sama! Ini menunjukkan madu mampu membantu and mengurangkan berat badan di samping menjadikan diet anda lebih lazat dan berkhasiat. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Mulakan diet anda dengan menukar gula biasa dengan madu dan Insya-Allah, usaha mengurangkan berat badan anda akan berjaya.

MADU LEBAH MENURUT KAJIAN SAINTIFIK
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, MADU LEBAH mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.Madu juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, phosporus, potassium, sodium dan zink.
MADU LEBAH juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.Kajian terkini membuktikan kandungan MADU LEBAH yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini meningkatkan stamina para atlit, menurut Dr. Susan lagi.Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan MADU LEBAH juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.


Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam MADU LEBAH". Cendekiawan perubatan Rom menggunakan MADU LEBAH agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit tidur lena.Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi MADU LEBAH dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser dan sakit tekak. Orang Mesir purbakala menggunakan MADU LEBAH sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar, melecur.

MADU LEBAH juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan terbakar.Bertahun-tahun rahsia penyanyi Opera Itali menggunakan madu untuk rawatan sakit tekak dan melegakannya agar dapat menyanyi dengan merdu.Perang dunia kedua menyaksikan doktor-doktor Jerman menggunakan campuran MADU LEBAH dan limpa ikan kod terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat bertahan dan meneruskan perang. MADU LEBAH terdiri dari bahan antioksida yang tinggi kaya dengan sumber vitamin, mineral dan amino asid. Ia juga amat berguna sebagai anti-mikrob dan ianya diiktiraf sebagai sumber pemberi tenaga semulajadi yang hebat.

KHASIAT MADU LEBAH

Berikut adalah antara lain Khasiat MADU LEBAH ASLI YEMEN

• Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal

• Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi.

• Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.

• Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).

• MADU dan SARANG LEBAH MADU merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.

• Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.

• Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.

• Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.

• MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (sapukan).

• MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.
BAHAN MINERAL DAN VITAMIN DALAM MADU LEBAH Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH:-VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

VITAMIN B
Membantu pertumbuhan dan perkem-bangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma

VITAMIN C
Membantu mempercepatkan penyem-buhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

VITAMIN E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

VITAMIN K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam MADU LEBAH dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.
Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti:-•

Kencing manis• Barah/Kanser• Mata kelabu• Letih/Lesu/Tenat• Tenaga batin/Seks• Lendir/Kahak• Penyeri muka• Awet muda• Pendarahan otak• Gastrik• Gagap• Bersalin - senang• Batuk• Penyakit Kulit• Sakit Telinga• Lemah jantung• Jerawat• Pening• Pekak• Lumpuh• Uban (Berpenyakit)• Susah tidur• Sakit sendi • Sembelit• Selsema• Sakit puan• Resdung• Darah tinggi• Sakit kepala• Angin• Luka• Keputihan• Bintik-bintik hitam• Rambut gugur• Sakit pinggang• Terbakar• Haid• Buasir• Batuk kering• Lupa• Keracunan Makanan• Asma/Lelah• Kurang darah• Alahan/Allergic• Kanak-kanak (Sihat)• Dan lain-lain...

MADU LEBAH MENURUT AL-QURAN & HADIS

Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.

Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda : Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" ( Hadis riwayat Abu Daud)

Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah dalam surah an-Nahl:
(Surah An-NAhl: 69). Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.

" Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.


Madu Yaman merawat H1N1 dan Demam Denggi

Serata dunia telah mengalami kebimbangan dengan wabak yang amat merbahaya sehingga laporan hari ini 10,000 manusia dari seluruh dunia telah kehilangan nyawa disebabkan wabak-wabak yang tidak diundang seperti demam denggi, chikunya dan H1N1.
 Pada tahun 2009 Influenza A atau dikenali sebagai H1N1 telah merebak dan membunuh insan-insan yang tidak berdosa dan lemah dari pertahanan diri. Ramai pakar kesihatan dan doktor perubatan  memeras kepala dan berusaha dalam mencari penawar untuk menangani masalah H1N1.


Terdapat hasil kajian  para ulamak tibbi( ulamak perubatan) dari timur tengah mengatakan bahawa mungkin percubaan untuk menahan dari wabak merbahaya ini dengan makan madu dan habbatus sauda'. Kajian ini telah pun dicuba oleh salah seorang doktor pakar kesihatan dari kanada dan hasil kajiannya amatlah memberi kesan yang baik dan dia mengakui sendiri bahawa madu boleh memberi kesan untuk kesihatan dalam melindung dari wabak penyakit dalaman dan luaran.
  
 
Madu lebah juga adalah salah satu makanan kesihatan harian bagi orang bangsa arab. terutama kaum arab yang tinggal di kawasan kampung pendalaman mereka masih lagi mengamalkan rawatan tradisional dengan mengamalkan makan madu Kerana tempat mereka jauh dari kemudahan untuk mendapatkan ubat-ubat moden dari farmasi dan sebagainya. Namun,  mereka tetap mengamalkan cara kuno ini hinggalah ke hari ini. Apa sahaja penyakit yang dialami mereka akan menghirup satu sudu minyak habbatus saudak dan menghirup satu sudu madu.

Ini adalah satu ikhtiar untuk kita menghindar wabak yang tidak baik.
Segala ketentuan adalah dari maha kuasa. Dialah yang memberi kita sihat dan dia juga memberi kita sakit. Dialah yang menhidupkan kita dan dia juga mematikan kita…
























\

1/2 Kilo : RM 150












Rubuk @ suku kilo : RM 80



Sebarang pertanyaan dan soalan atau jika anda berminat untuk jadi pengedar kami sila hubungi ;
Khalid Nayan    - 0194930440 (Suami)
Nor Faridah      - 0176954771
ATAU email ke    
khalid0105@yahoo.com.my
                                   faridah.0106@yahoo.com.my



Tindakan Selepas Pembayaran Dibuat

Bagi mempercepatkan pesanan dikirimkan dengan kadar segera dari tarikh penerimaan pembayaran, pohon tuan/puan dapat SMS dan email seperti yang berikut :-
SMS Kepada +60194930440   Khalid Nayan @

                           +60176954771    Nor faridah Mohamat AliNAMA PRODUK -jarak- JUMLAH KUANTITI -jarak- JUMLAH BAYARAN -jarak -MASA BANK IN - jarak - TARIKH BANK IN - jarak - NAMA ANDA - jarak - ALAMAT ANDA- jarak - NO. TEL

Contoh :
Madu yemen RM 150.00   1BTL 17:45 01.12.2011 AHMAD ABDULLAH NO.12, JLN 13/2D, KAMPUNG SENTOSA, 43560 BANGI, SELANGOR  0123456789

atau
EMAIL Kepada
faridah.0106@yahoo.com.my
NAMA PRODUK : Madu Yemen 
JUMLAH BAYARAN : RM 150.00
JUMLAH KUANTITI : 1
NAMA BANK : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
MASA BANK IN : 17:45
TARIKH BANK IN : 01.012.2011
NAMA ANDA : AHMAD ABDULLAH
ALAMAT ANDA : NO.1, JLN 13/2D, KG SENTOSA, 43560 BANGI, SLGR
NO. TEL : 0123456789 



Nama Akaun : KLF HIQMAH ENTERPRISE
No Akaun BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD : 12168010003925
Email Third Party :
faridah.0106@yahoo.com.my

Penghantaran adalah sekitar kawasan Lembah Klang ..( Klang, Shah Alam, Putrajaya, Kuala Lumpur) luar daripada ini kami akan kenakan kos penghantaran....harap maklum..


Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan ..Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!


No comments:

Post a Comment

Senyum ^_^