Wednesday, January 18, 2012















Minyak Penawar Munajat.
Al-Quran adalah kitab yang memberi “peringatan serta nasihat” supaya manusia insaf dan memahami maksud sebenar kehidupan dialam dunia serta alam akhirat.

Al-Quran diturunkan sebagai “rahmat”iaitu terkandung dalamnya segala kebaikan, keselamatan, kemuliaan, kedamaian, ketenangan, keindahan, kesenangan serta kesihatan.


Al-Quran juga diturunkan adalah sebagai “penawar”iaitu segala yang terkandung dalamnya adalah kesembuhan daripada pelbagai penyakit-penyakit yang bersifat zahir dan bersifat batin atau spiritual. Kesembuhan dalam bentuk apa sahaja masalah yang membelenggu kehidupan manusia seperti ditimpa sakit biasa atau sakit disebabkan masalah gangguan makhluk halus atau jin, sihir, santau, saka, pukau, ilmu-ilmu hitam dan pelbagai bentuk kejahatan lagi.



.

Tafsir Al-Quran


Antara Buku-buku
Berkaitan Perubatan Islam :

LihatLihat
FirmanAllah swt yang bermaksud:
“Wahai umat manusia sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran yang menjadi nasihat dan pengajaran dari Tuhanmu yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman
"


-Surah yunus, ayat 57-
Rasulullah s.a.w telah bersabda :
Maksudnya : Hendaklah kamu mendapatkan 2 bentuk penawar iaitu Madu dan
Al-Quran..


Doa’ merupakan senjata orang mukmin dan Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad saw. Walaupun Rasulullah saw. telah wafat tetapi kehebatan mukjizat Al-Quran ini terus kekal hingga hari kiamat.

Berpandukan Al-Quran, hadis dan doa’ Minyak Penawar Munajat adalah diproses dengan menggunakan minyak zaitun berkualiti tinggi dan telah dibacakan 3 x 30 juzu' Al-Quran, Solat Hajat, Zikir Munajat, Ayat-ayat Rukyah, Laungan Azan dan Doa’-doa’khusus.
Bacaan3 x 30 juzuk Al-Quran serta kaedah diatas adalah dengan niat memohon kesejahteraan, kesembuhan serta disampaikan hajat-hajat kebaikan yang dirangkulkan dalam pelbagai doa’ memohon kepada Allah swt. Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan Tuhan yang menjadikan segala-galanya. (Daripada kitab-kitab ulama’ yang muktabar berasaskan kesembuhan cara thibb An-Nabawi iaitu rawatan yang diajarkan oleh Rasulullah saw.)
Alhamdulillahdengan berkat doa’ para hafiz dan beberapa orang ustaz disamping para pengguna juga terus memanjatkan doa memohon pelbagai hajat dan kesembuhan terus kepada Allah swt. dan berkat kehebatan mukjizat Al-Quran itu sendiri, telah ramai para pengguna yang mendapat pelbagai kesembuhan dari pelbagai penyakit zahir dan juga penyakit spiritual seperti gangguan jin, sihir, santau,saka dan lain-lain.Selain itu ramai juga pengguna yang telah melihat perubahan yang sangat positif dari sudut sikap anak-anak, suami, isteri atau ahli keluarga yang bermasalah.

ADAB RAWATAN
Yakin akan kebesaran Allah swt.
Membaca Al-Fatihah
Membaca Ayat Kursi (3 kali)
Berselawat keatas Nabi (3 kali)
Niat dihati untuk hajat yang dipohon kepada Allah swt.
Sambil berdoa kepada Allah swt dengan hati yang ikhlas dan Yakin bahawa Allah swt akan perkenankan

Elakkan Daripada Di Langkah
 

KAEDAH RAWATAN
Boleh dititiskan pada minuman sebelum minum.
Disapu pada nadi pergelangan kedua-dua tangan, nadi kedua-dua lengan dan kening.
Boleh dititiskan pada air untuk direnjiskan ke dinding rumah bagi menjauhi gangguan Jin atau makhluk halus.
Letakkan sedikit air dalam pinggan dan dititiskan beberapa titis Minyak Munajat. Letakkan kedua-dua tapak tangan pada air dalam pinggan dan disapu pada muka, tangan, dada atau seluruh badan sebagai seri wajah atau sebagai pendinding.

Hadis Nabi mengenai Pohon Zaitun

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya,
kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat"
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Perkara ini disebut di dalam Firman Allah swt dalam al-Quran Surah An-Nur:35:

...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...


ZAITUN - Pengenalan

Zaitun adalah merupakan sejenis species daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir.

Daun dan batang zaitun

Daun zaitun bermanfaat sebagai penggalak sistem imun manusia. Masyarakat Timur Tengah telah mengamalkan meminum teh daun zaitun sejak berabad yang lalu untuk merawat batuk, sakit tekak, demam, dan gout.


















Antara Buku-buku
Berkaitan Perubatan Islam :
LihatLihat

Ibnu Qayyim juga menjelaskan bahawa daun zaitun boleh merawat luka dan gatal-gatal.

Pendek kata, daun zaitun bersifat antibiotik. Oleh yang demikian, pengambilan daun zaitun mestilah mengikut dos tertentu.

Batang zaitun pula boleh dibuat perabot. Malah ada juga tasbih yang diperbuat daripada kayu zaitun. Tasbih daripada kayu zaitun ini kelihatan agak berminyak dan agak harum.

Bagi anda yang gemar makan piza, pilihlah yang ditabur dengan zaitun. Ingat! Zaitun amat berkhasiat. Untuk mendapat rambut yang sihat dan lebat pula, gunalah minyak zaitun untuk mendandan rambut dan urut di kepala.

Sesungguhnya setiap ciptaan Allah di alam ini ada manfaat bagi manusia.

Menurut riwayat, setelah bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh, pokok zaitun merupakan objek pertama yang kelihatan

DARI SUDUT KAJIAN SAINS

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar.


Minyak zaitun amat jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL
(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.

Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit.

Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E

Menurut kajian saintis daripada Universiti Oxford menunjukkan bahawa Molekul Minyak Zaitun mampu melemahkan sel-sel kanser dalam tubuh badan manusia jika digunakan secara konsisten dalam makanan dan minuman.

AWAS..!Antara tanda-tanda gangguan makhluk halus atau Jin dalam badan manusia...!
1Terlalu susah untuk tidur malam dan sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas, takut serta runsing.
2Seringkali mimpi yang menakutkan.
3Merintih dan menangis ketika tidur.
4Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, tikus, serigala, ular dan sebagainya.
5Jika bermimpi dipatuk ular berkemungkinan petanda sihir/santau telah pun masuk kedalam tubuh seseorang.
6Bunyi gigi berlaga ketika sedang tidur.
7Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
8Mimpi berada ditempat yang sunyi atau berada diperkuburan.
9Mimpi bayi atau kanak-kanak kecil dan menyusukan bayi tersebut.
10Terdengar suara menyergah ketika tidur.
11Sakit kepala yang luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal.
12Sakit pada tulang rusuk kiri / kanan.
13Sakit pada tulang punggung tanpa sebab.
14Terasa ada sesuatu yang menyentap kaki
15Sakit pada bahagian perut tanpa sebab.
16Terasa ada kelibat yang mengekori atau melintas dibelakang .
17Timbul rasa takut tanpa sebab.
18Takut untuk menziarahi jenazah.
19Terasa Nampak bayangan yang menakutkan.
20Nampak makhluk aneh dan menakutkan.
21Ada perasaan seperti hampir menemui ajal.
22Sering berkeadaan amat lesu dan sangat malas.
23Selalu berkeadaan lengoh pada sendi-sendi dan tulang belakang.
24Terasa seperti terpijak batu atau telor ditapak kaki.
25Merasa ragu-ragu tentang keimanan. Dll.

<><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><>
MAKLUMBALAS DARIPADA PENGGUNA
(Di sini tidak dinyatakan nama pengguna berkenaan
kerana
menjaga kehormatan dan aib seseorang)
1
Dengan berdoa kepada Allah swt. , ikhtiar dan usaha menggunakan minyak penawar munajat ini, seorang isteri akhirnya telah melihat perubahan yang ketara kepada suaminya yang selama ini agak tidak bertanggung jawab, suka marah dan mengabaikan rumah tangga. Isteri tadi sentiasa berdoa dan menitiskan minyak penawar munajat ini kedalam makanan seperti kari, sup dan sayur-sayuran. Selain itu isteri tadi juga sering menitiskan sedikit pada air minuman seperti air teh, milo yang dibancuh pada jug atau teko untuk minuman keluarga.
2
Seorang ibu telah diberitahu oleh anak perempuannya yang tinggal di asrama bahawa dia sekarang tidak lagi mengalami hysteria kerana selalu menggunakan minyak penawar munajat pada minuman, disapu pada nadi pergelangan tangan dan disapu sedikit pada bahagian dada.
3
Seorang ibu muda mendapati anaknya yang berusia 2 tahun yang suka menangis apabila terjaga dari tidur pada tengah malam dan pernah menghantar ke klinik kesihatan tetapi doktor mengesahkan tidak ada apa-apa penyakit. Seorang ustaz mengesyorkan supaya ikhtiar dan berdoa kepada Allah swt. dengan menyapukan minyak penawar munajat di dada, nadi pergelangan tangan serta kening bayi tersebut apabila tidur malam. Dengan izin Allah swt. Bayi yang berumur 2 tahun tersebut dapat tidur nyenyak sehingga pagi dan tidak lagi menangis walaupun terjaga tengah malam.
4
Seorang peniaga warung / restoran makanan telah berikhtiar sambil berdoa kepada Allah swt. dan menggunakan minyak penawar munajat dengan menyembur atau merenjis minyak penawar munajat ini yang telah dicampur dengan air ke dinding, bahagian hadapan dan ke atas meja-meja serta bangku dalam warung / restoran miliknya. Akhirnya beliau mendapati perniagaannya yang semakin susut telah mula menampakkan kemajuan dan ramai dikunjungi pelanggan
5
Seorang ustaz yang mengajar di sebuah pondok / sekolah agama telah menggunakan minyak penawar munajat ini kepada seorang pelajar yang telah dirasuki atau diganggu oleh makhluk halus dengan menyapu di pergelangan tangan, kening serta dada dan memberi minum air yang dititiskan sedikit minyak penawar munajat ini mendapati dengan izin Allah swt. pelajar yang diganggu makhluk halus ini akhirnya pulih. Semenjak itu pelajar tadi sentiasa berdoa kepada Allah swt. dan berikhtiar dengan sentiasa menggunakan minyak penawar munajat ini.
6
Seorang berbangsa india telah menggunakan minyak penawar munajat ini untuk melihat kesannya kepada anak lelaki yang sangat degil dan suka bergaduh serta panas baran. Dimulakan dengan hanya niat yang baik beliau menitiskan pada makanan serta air minuman anaknya tadi dan disapukan pada pergelangan tangan serta kening sewaktu anaknya tidur beliau mendapati dalam masa dua minggu anaknya kelihatan semakin berubah kepada tingkah laku atau perangai anak yang baik dan akhirnya orang india tadi telah mengesyorkan kepada ramai kawan-kawannya.
7
Pengakuan beberapa orang yang menggunakan minyak penawar munajat ini dan termasuklah saya sendiri yang mengalami masalah sengal, lengoh, tergeliat atau salah urat, bisa dalam badan, sakit atau senak perut dan masalah kembung perut disebabkan angin dalam badan, penggunaan minyak penawar munajat ini sebagai alat untuk mengurut dan disapu pada bahagian yang sakit telah mendatangkan kesan yang mustajab dengan izin Allah swt.
8
Ramai juga para pelanggan saya yang mengatakan minyak penawar munajat ini amat mustajab untuk minda kanak-kanak disamping doa dari kedua ibu bapa untuk merangsang hafalan, tumpuan atau konsentrasi pada pelajaran. Untuk melihat hasil yang berkesan penggunaannya hendaklah berterusan dan banyakkan berdoa dan memohon pada Allah swt.
9
Pernah satu kejadian di mana seorang ibu yang sedang menggoreng pisang untuk dijual disebuah warung dan tiba-tiba terkena minyak yang panas pada lengannya. Secara kebetulan ibu tadi teringatkan minyak penawar munajat dan terus melumurkan pada bahagian lengannya dan dengan izin Allah swt. ibu tadi melihat kesan yang sangat menakjubkan dimana lengan nya itu tidak mengalami tanda-tanda melecur akibat minyak panas tersebut.
10
Seorang wanita dari Kemaman yang mengalami masalah selalu pening kepala, tidak bertenaga dan kurang selera makan, telah berikhtiar mengunakan minyak penawar dengan menitiskan pada minuman, disapu pada dada, nadi pada lengan & pergelangan tangan. Akhirnya wanita tersebut telah mengalami rasa panas bermula dari bahagian kaki dan naik ke badan serta bahagian kepala. Beliau terus mengulangi berikhtiar dengan minyak penawar munajat dan pada hari kedua beliau muntah dan keluar cecair pekat berwarna hijau. Selepas peristiwa itu beliau merasakan kesihatannya telah beransur baik, bertenaga dan sihat sehingga sekarang. (Wanita tersebut berkemungkinan dipercayai terkena santau)
11
Seorang lagi wanita juga dari Kemaman yang selama ini merasakan selalu letih& tidak bermaya selalu mengantuk telah berikhtiar mengunakan Minyak Penawar Munajat dengan menitiskan pada minuman, disapu pada dada, nadi lengan & pergelangan tangan. Akhirnya perkara yang sama berlaku iaitu merasa panas dari bahagian kaki terus naik kebahagian badan serta bahagian kepala. Akhirnya wanita tadi telah pengsan dan kebetulan terdapat seorang ustaz berada berhampiran yang menyimpan sebotol Minyak Penawar Munajat bersamanya telah merenjiskan Minyak Penawar Munajat yang dicampur sedikit air kepada wanita tadi. Tidak lama selepas itu barulah wanita itu tadi sedar dari pengsan. Alhamdulillah sejak mengunakan Minyak Penawar Munajat wanita itu telah beransur pulih dari masalah mudah letih dan tidak bermaya dan merasa lebih sihat lagi hingga sekarang.
12
Seorang wanita muda mengalami penyakit sendawa yang agak pelik dimana sendawanya agak kuat dan terlalu kerap sehingga mengangu pelajarannya. Beliau telah puas berubat di hospital kerajaan dan juga swasta serta rawatan alternatif yang lain tetapi tiada perubahan. Setelah di syorkan oleh seseorang tentang Minyak Penawar Munajat beliau telah menitiskan Minyak Penawar Munajat untuk diminum dan menyapu sedikit pada nadi lengan & pergelangan tangan , bahagian dada dan diulang berkali-kali. Akhirnya dengan izin Allah swt penyakit sendawa yang pelik itu telah hilang dan sehingga kini beliau terus menggunakan Minyak Penawar Munajat

No comments:

Post a Comment

Senyum ^_^