Friday, December 9, 2011

Khal/Cuka (Tamar, Delima, Apple, Appel + Madu, Anggur)

 
SELAMAT DATANG.
ASSALAMUALAIKUM!!
Insyallah bersabarlah setiap penyakit tu ada penawarnya. Apa yang penting kita berusaha & bertawakul pd. Allah

 Alhamdulilah syukur kepada Allah atas limpah kurnia nikmatnya yang tak terkira banyak. Contoh lihat aje begitu banyak spesies herba & buah2an kurniaan illahi. Insyallah Kami akan usaha & ikhtiar untuk membekalkan produk timur tengah yang semakin mendapat sambutan hangat & menggalakkan. Pastinya insyallah produk2 dari bumi ambia ini akan memberi gaya hidup yang sihat. & Apatah lagi kiranya mengamalkan sunnah nabi saw ketika makan & minum, maka insyallah lebih2 lagilah akan memperolehi nikmat kesihatan & keberkatan hidup. Jazakallahuhairan..

Bersabda Rasulullah S.A.W, ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)


Khal/Cuka (Apple Campur Madu, Apple , Delima, Kurma & Anggur) 


Khal/Cuka Tamar@Kurma
Rahsia orang Arab mampu memakan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja tanpa risau terkena penyakit- penyakit berbahaya.

KHAL TAMAR (Cuka Kurma) merupakan penyembuh penyakit digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol, dan obesiti (kegemukan). Bersabda Rasulullah S.A.W, ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim)  

PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KRONIK YANG DIGERUNI ZAMAN INI, DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL, OBESITI, JANTUNG DAN SEBAGAINYA





Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai ke hari kiamat. Risalah ringkas KHAL TAMAR ini adalah satu penyelidikan dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai masalah penyakit dan kesihatan.

APA ITU KHAL? .......
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti Tamar (kurma), Epal, Anggur, dan Tiin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah atau menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil VINEGAR. KHAL Tamar ini dihasilkan di Negara Timur Tengah atau Tanah Arab pada sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W lagi, perhatikan petikan hadis Rasulullah S.A.W ini : Bersabda Rasulullah S.A.W, ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.”
(Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)


KHAL Tamar ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.


KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang sangat digeruni oleh setiap orang seperti :
1. Kencing Manis
2. Darah Tinggi
3. Membuang Kolesterol
4. Lemak di jantung dan usus
5. Mencegah obesiti dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.
6. Mencegah masalah asid berlebihan
7. Masalah gout 8. Buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik,
9. Menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.

KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?

KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin d(bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya. 

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM .
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909. Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.


KHAL DAN PENJAGAAN BADAN (SLIMMING) SECARA SEMULAJADI KHALdapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan. KHAL juga membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti). KHAL mencepatkan proses awet muda, badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. KHAL juga membuatkan kulit kelihatan sihat,melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit.





Cuka Delima

Khasiat CUKA DELIMA:
Cuka delima membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk. Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Ini kerana delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser. Unsur flavonoids melindungi otak dan menguatkan memori.
Cuka delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Ianya dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit.


 Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
  • Mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat dan mencegah kanser payudara.
  • Membantu merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
  • Dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi.
  • Meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin).
  • Mengatasi masalah kekeringan pada vagina wanita. Menjadikan vagina lebih subur dan lembap.



Cuka Apple

Cuka Apple / epal
CUKA EPAL memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai bahan tonik kesihatan oleh orang-orang Greek di Mesir. Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Khasiat CUKA EPAL:

  • Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
  • Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alergi (disebabkan      binatang kesayangan, makanan dan persekitaran), jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi,  keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis(bengkak sendi), gout dan  menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Mengandungi Pectin, sejenis serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mengimbang tekanan darah dalam badan.
  • Membantu mengekstrak kalsium dari buah-buahan, sayur-sayuran dan daging untuk menguatkan tulang.
  • Kaya dgn Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian untuk kecantikan kulit, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi, keguguran rambut serta boleh merawat masalah sinus.
  • Kaya dgn Beta Carotene yang membantu memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, menegangkan dan memudakan kulit.
  • Mengandungi Malic Acid yang berfungsi sebagai agen anti-kulat untuk menentang jangkitan kuman, bakteria dan lain-lain hidupan mikroorganisma.
  • Mengimbang kadar asid-alkali dalam badan, membantu melarutkan himpunan asid urik di sekeliling tulang rawan seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi, otot dan badan.

LAGI KHASIAT CUKA EPAL

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
...
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.


Khal / Cuka Anggur
Cuka Anggur

CUKA ANGGUR juga mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin yang sangat baik untuk badan. Kandungan gizi yang terdapat di dalam cuka anggur tidak hanya baik untuk mencegah gangguan kesihatan malah ia juga baik untuk mengubati penyakit. Ramai pengamal kesihatan menekankan kandungan vitamin antioksidaan yang terdapat padanya dapat membantu anda dalam mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan faktor usia.

Khasiat CUKA ANGGUR:
  • Dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL(kolesterol jahat).
  • Dapat mencegah dari risiko serangan penyakit jantung dan stroke.
  • Mengawal paras gula dalam darah (untuk penghidap kencing manis sangat digalakkan).
  • Membantu penyerapan kalsium & menentang bakteria berbahaya.
  • Melancarkan sistem penghadaman.
  • Melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit (awet muda).
  • Merawat radang kulit dan keadaan kulit yg merekah dan pecah-pecah.
  • Meredakan masalah keletihan dan sakit-sakit badan serta memudahkan tidur.
  • Meredakan sakit kepala, hidung tersumbat dan asthma.
    "Sebaik-baik makanan adalah cuka"-Hadis Riwayat: Muslim-Ahmad

    "Ya Allah, berkatilah cuka kerana ia adalah makanan para Nabi sebelumku" -Hadis Riwayat: Ibnu Majah

    Assalamualaikum..
    Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk mendapatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman cara Islam dengan kos yang sangat murah dan berkesan. Tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan khasiat-khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita kerana khasiat yang terkandung di dalam cuka buah ini sudah mencakupi segala khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita yang dijamin selamat dan halal. Cuka buah mengandungi pelbagai vitamin semulajadi yang sangat tinggi khasiatnya.


    Cara pengambilan: 1 sudu teh @ satu sudu kecil pagi Sebelum Sarapan.  (sebaik-baiknya gunakan sudu plastik).  dicampurkan bersama 1/2 segelas air kosong dicampurkan dengan sedikit madu. Ia juga boleh dicampurkan di dalam makanan harian. Kesannya akan terhasil apabila diamalkan setiap hari...Insyallah. Segala apa jua yang kita usahakan dan lakukan semuanya adalah dengan izin Allah SWT. Mudah-mudahan diperkenankan olehNya. Amin...

    *Pastikan minum air secukupnya.
    *Bagi ibu-ibu mengandung, cuka buah hanya boleh diminum selepas kandungan melebihi 4 bulan.

    Khal/Cuka Apple Madu/ Apple/ Delima/Kurma

    Harga Jualan :

    Cuka Apple Campur Madu : RM 30.00

    Cuka Apple                         : RM 25.00

    Cuka Delima                       : RM 30.00

    Cuka Kurma                        : RM 15.00

    Cuka Anggur                       : RM 25.00

    Bagi sesiapa yg berhajat dan berminat untuk Diet @ slim kami syorkan makan Cuka Delima khas buat perempuan...tak payah beli ubatan yg mahal lagi...tukar kepada makanan Sunnah!!!

    Sebarang pertanyaan dan soalan atau jika anda berminat untuk jadi pengedar kami sila hubungi ;
    Khalid Nayan    - 0194930440 (Suami)
    Nor Faridah      - 0176954771
    ATAU email ke    
    khalid0105@yahoo.com.my
                                       faridah.0106@yahoo.com.my



    Tindakan Selepas Pembayaran Dibuat

    Bagi mempercepatkan pesanan dikirimkan dengan kadar segera dari tarikh penerimaan pembayaran, pohon tuan/puan dapat SMS dan email seperti yang berikut :-
    SMS Kepada +60194930440   Khalid Nayan @

                               +60176954771    Nor faridah Mohamat Ali

    NAMA PRODUK -jarak- JUMLAH KUANTITI -jarak- JUMLAH BAYARAN -jarak -MASA BANK IN - jarak - TARIKH BANK IN - jarak - NAMA ANDA - jarak - ALAMAT ANDA- jarak - NO. TEL

    Contoh :

    Cuka Delima RM30.00 1BTL 17:45 01.01.2011 AHMAD ABDULLAH NO.12, JLN 13/2D, KAMPUNG SENTOSA, 43560 BANGI, SELANGOR 0123456789

    atau

    EMAIL Kepada
    faridah.0106@yahoo.com.my
    NAMA PRODUK : Cuka Delima
    JUMLAH BAYARAN : RM30.00
    JUMLAH KUANTITI : 1
    NAMA BANK : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
    MASA BANK IN : 17:45
    TARIKH BANK IN : 01.01.2011
    NAMA ANDA : AHMAD ABDULLAH
    ALAMAT ANDA : NO.1, JLN 13/2D, KG SENTOSA, 43560 BANGI, SLGR
    NO. TEL : 0123456789 



    Nama Akaun : KLF HIQMAH ENTERPRISE
    No Akaun BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD : 12168010003925
    Email Third Party :
    faridah.0106@yahoo.com.my

    Penghantaran adalah sekitar kawasan Lembah Klang ..( Klang, Shah Alam, Putrajaya, Kuala Lumpur) luar daripada ini kami akan kenakan kos penghantaran....harap maklum..


    Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan ..Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

    5 comments:

    1. Salam...

      Kalau guna sehari 4 kali boleh tak, sebelum sarapan, tghhari, malam dan tidur. tq

      ReplyDelete
      Replies
      1. wsalam,
        Maaf Yob lee : saya hanya syorkan makan 1 x sehari sahaja @ ketikamana Encik sedang mengalami sakit seperti yg saya nyatakan di blog saya Encik blh ambil 2 kali sehari pada waktu pg sebelum sarapan & pd waktu mlm sebelum tidur selama seminggu selepas itu encik perlu ,minum 1 sehari sahaja..biar sekali tp istiqomah ye Encik, InsyaAllah..

        Delete
      2. Maaf Yob lee : saya hanya syorkan makan 1 x sehari sahaja @ ketikamana Encik sedang mengalami sakit seperti yg saya nyatakan di blog saya Encik blh ambil 2 kali sehari pada waktu pg sebelum sarapan & pd waktu mlm sebelum tidur selama seminggu selepas itu encik perlu ,minum 1 sehari sahaja..biar sekali tp istiqomah ye Encik, InsyaAllah..

        Delete
    2. assalamualaikum sy menglmi mslah gout.. yg mane sesuai..

      ReplyDelete

    Senyum ^_^